Wednesday

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 2011 / 1432H




Laungan…..takbir……:Allahu Akbar, Pantun Hari Raya Haji, Rakan, selamat hari raya Haji, ……..

Allahu Akbar…
Allahu Akbar…
Allahu Akbar…
Laa Ilaaha Illallaah Wallaahu Akbar…
Allahu Akbar Wa Lillaahilhamd…
Selamat Hari Raya Ail Adha, Ke hadapan rakan-rakan yang jauh di mata tetapi dekat di hati. Pada kesempatan yang ada ini, Saya Hariz ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 2011/1432H. Khususnya buat pengunjung dan pembaca blog….

Tidak lupa juga buat Rakan Blogger, Rakan Facebook , Rakan Ukm , Rakan Kelab Baling Kedah:3,  Rakan Yahoo Messenger, Rakan Twitter  , Sahabat handai dan jiran rukun tetangga *kalau ada yang membaca* Serta seluruh mereka yang bertaut persaudaraan dengan saya atas ikatan Laa Ilaaha Illallaah.
Saya menyusun sepuluh jari, memohon maaf atas segala ketidak sempurnaan pada tutur kata yang tidak enak didengar telinga, laku perbuatan yang tidak manis di penglihatan, serta segala cacat cela diri yang nyata mahu pun tersembunyi....

Pantun Hari Raya Aidil Adha…

Ada Pantun Untuk Ampa.. Kalau Berani Mai Balas..

Tumpah ayaq kena lap
Kalau tak, merebak sakan
Kalau ada salah silap
Harap sudi di maafkan…

Tambah sikit lagi naaa…. Pantun
Anak pak zakaria namanya zulida
Anak pak Tahir namanya Fatin
Selamat Hari Raya Aidil Adha
Maaf Zahir dan Batin..

No comments: