Tuesday

ISU LAMA.....SAJE TIMBUKAN PASAL POLIGAMI SEBAB ADE SAHABAT TANYA..



Antara seks, poligami dan Kelab Taat Suami


In this picture taken Saturday, June 4, 2011, Malaysian Muslim Ishak Md Nor, second from right, 40, and his two wives, Aishah Abdul Ghafar, left, 40, and Afiratul Abidah Mohd Hanan, 25, who are members of the "Obedient Wife Club," pose with their children after the club's launch in Kuala Lumpur



BANYAK PENDAPAT AKU SERVEY  YANG mudah saja kalau nak berpoligami

selain punya pegangan agama yang kuat, seseorang itu perlu mempunyai ‘beras’ dan ‘keras’

‘beras’ bermaksud punya kekuatan dari segi kewangan manakala ‘keras’ bermaksud punya kemampuan memberikan nafkah batin

bagi aku dalam suasana ekonomi yang tak begitu cantik sekarang ini, ‘beras’ adalah faktor yang sangat kuat yang harus dipertimbangkan jika seseorang lelaki itu mahu berpoligami

sebab itu mahkamah akan tanya bab ini dulu bila terima permohonan seperti itu

dan baru-baru ini ada pula pelancaran Kelab Taat Suami

 yang bestnya, Naib Presiden kelab itu, Dr Rohaya Mohamed, dalam sidang akhbarnya mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti “pelacur kelas pertama”, adoyyyyyyyyaiii…

katanya, kesediaan isteri untuk patuh dan memenuhi keperluan seks suami masing-masing akan membantu mengelak mereka daripada berlaku curang ataupun mencari pelacur

kelab itu diperkenalkan oleh bekas pengikut kumpulan Al-Arqam terbuka kepada isteri-isteri semua kaum dan tidak kira kepercayaan.


“Jika anda melihat di dunia sekarang, wanita dilayan sebagai objek seks … dalam majalah, TV … mengapa tidak mereka jadi objek seks kepada suami mereka? Ia adalah sah dan diharuskan oleh Tuhan.

“Seorang isteri yang baik adalah pekerja seks yang baik bagi suami mereka

“Kenapa kita tidak mahu buat apa yang disuruh oleh Tuhan? Taat kepada suami. Untuk menjadi isteri yang baik perlu memenuhi keempat-empat kriteria ini. Malah dalam hadis Nabi sendiri ada menyebut, ‘tunaikanlah walau di belakang unta’. Ini apa yang disuruh oleh Allah dan Nabi, jadi kita ikut,” katanya.

Ditanya mengenai jika isteri didera, adakah isteri masih lagi perlu mentaati suami, Rohaya berkata, seorang isteri perlu taat kepada suaminya dan juga membenarkan suaminya berpoligami kerana itu merupakan fitrah seorang suami.

“Seorang isteri perlu menjadi seorang isteri yang baik sampai bila-bila. Jika apa yang terjadi padanya sebagai contoh didera, mereka perlu memikirkan bahawa ini adalah ujian dari Allah kepada mereka.

“Setiap apa yang jadi ada hikmahnya. Seperti kisah Firaun dan Asiah. Firaun suami kepada Asiah dan dia mengaku dia itu Tuhan. Tetapi, akhirnya Asiah masuk ke syurga,” katanya

errmmm, seperti yang dijangka…’meletuplah’ isu ini selepas Dr. Rohaya buat statement tu

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim awal-awal lagi meminta Pendaftar Pertubuhan meneliti semula kelulusan pendaftaran kelab berkenaan

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) pula menggesa wanita tidak menyertai kelab berkenaan kerana menyamakan tugas isteri melayan suami seperti tugas pelacur melayan pelanggan

sambil menyifatkan kenyataan itu ibarat meletakkan martabat seorang isteri serendah pelacur, timbalan presiden persatuan itu, Musa Awang berkata, isteri bukan pekerja seks bagi suami kerana tugas isteri melayan suami adalah satu ibadat yang diberi ganjaran pahala daripada Allah

 “Walaupun suami diwajib memberikan nafkah kepada isteri dalam bentuk tempat tinggal, makan minum, pakaian atau wang ringgit, ia bukanlah sebagai ganti kepada khidmat seks yang isteri berikan,” katanya

sebelum ini, Ketua Dewan Muslimat PAS yang baru, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, isteri sepatutnya mentaati suami dan ia juga diharuskan dalam al-Quran

bagaimanapun kata beliau, sikap itu tidak boleh berlebih-lebihan

“Kita memang perlu taat pada suami. Tetapi tidak ada ketaatan yang lebih tinggi selain taat kepada Allah

“Jangan sampai tahap ketaatan kita pada suami itu melebihi sehingga mengatasi ketaatan kepada Allah,” kata beliau

so pendapat korang pulak macam mana?HAHAHA....

kalau tanya aku, jawapan aku mudah saja – MATLAMAT TAK MENGHALALKAN CARA, FULL STOP.


No comments: