Tuesday

Patutkah Prof Aziz Bari Kena Gantung?



Ada yang bersetuju ada yang tak bersetuju hukuman yang dikenakan ke atas Prof Aziz Bari ini. Ada yang mengatakan Prof Aziz Bari dah mengeluarkan kenyataan yang “keterlaluan” dan ada pula yang mengatakan Prof Abdul Aziz Bari memang “ada kelayakan” untuk memberikan pandangannya….
KUALA LUMPUR, — Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari sehingga siasatan ke atas beliau diselesaikan, berhubung kenyataannya tentang titah Sultan Selangor minggu lalu.
Perkara itu terkandung dalam surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada beliau petang semalam.Aziz (gambar) ketika dihubungi berkata beliau menyerahkan kepada peguamnya untuk menguruskan perkara itu. “Saya serahkan kepada peguam saya,” katanya ketika dihubungi.
Dalam pada itu, peguamnya Dr Dzulkarnain Lukman mengesahkan bahawa selain digantung tugas, Aziz juga dilarang berada di UIA dan berhubung dengan mana-mana kakitangan dan mana-mana pihak yang ada kepentingan dengan universiti itu.
“Berdasarkan surat tunjuk sebab, syarat-syarat ini dikenakan sehingga inkuiri selesai dijalankan,” kata beliau sambil menambah Prof Aziz Bari dikenakan tuduhan mengeluarkan satu kenyataan, yang dibawa oleh portal MalaysiaKini, didakwa telah memudaratkan nama baik dasar UIA.
Tuduhan itu dikenakan di bawah Perkara 15(1) Peraturan-peraturan Disiplin Universiti.
P/S : Patutkah Prof Aziz Bari dihukum sebegini rupa tanpa diberikan ruang “membela diri” atau sbeenarnya ada baiknya UIA gantung tugasnya sebagai pensyarah di UIA untuk memudahkan urusan siasan mengenai isu ini?




1 comment:

Anonymous said...

keberaniannya hrus d kagumi..tp ini mmbri pluang utk pihak berkepentingn mengmbil kesempatan utk mnutup wadah2 kebenaran yg ingn die sampaikan..jd perlu lbh bijak dlm sume perkara sbb kita tidak th spe musuh kita...ape yg meraka rncng utk mnjthkn kita..