Monday

Sorotan Politik Tanah Air Sepanjang Tahun 2011 Yang Lepas


Januari 2011

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur mempunyai pejabat sendiri, Pejabat Wanita Pertama Malaysia (FLOM) di Jabatan Perdana Menteri. Gelaran First Lady of Malaysia (FLOM) yang diguna Rosmah mencetuskan kontroversi kerana ia adalah gelaran Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Agong.
- Badan pemerhati kewangan antarabangsa, Global Financial Integirty (GFI) mendedahkan pengaliran keluar wang haram sebanyak RM888 bilion di antara tahun 2000 ke 2009. Wang haram adalah daripada aktiviti tidak sah seperti rasuah, kecurian, sogokan serta pengelakan cukai.
- Pilihan raya kecil Tenang adalah pilihan raya kecil ke-14 selepas Pilihan Raya Umum 2008. Ia diadakan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri, Datuk Sulaiman Taha meninggal pada 17 Disember 2010.

Februari 2011

- Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyeru rakyat mengambil iktibar daripada kejatuhan diktator Hosni Mubarak daripada tampuk Presiden Mesir.

Mac 2011

- Pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau yang merupakan pilihan raya kecil ke-15 dan ke-16 berlangsung serentak pada 6 Mac 2011. Kedua-duanya dimenangi Barisan Nasional.
- Trio ‘Datuk T’ menyebarkan video fitnah yang cuba memburukkan nama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

April 2011


Pilihan raya umum Sarawak berlangsung pada 16 April. Pakatan Rakyat mengorak langkah di dengan memenangi 15 kerusi .
- Seorang Orang Kelainan Upaya (OKU), Kadir Hashim ditahan secara kejam di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 20 hari.
- Sebuah syarikat hampir muflis, Tricubes Berhad dianugerahkan projek emel 1Malaysia bernilai RM50 juta. Tricubes Berhad adalah syarikat di bawah CIMB Group yang dimiliki adik Perdana Menteri, Datuk Nazir Razak.
- Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini ditemui mati sewaktu disoal siasat kerana ‘jatuh’ dari tingkat tiga pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.



Mei 2011

1. Felda didedahkan meminjam wang RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Pinjaman itu mengundang kontroversi kerana ia dibuat sewaktu menteri bertanggungjawab, Datuk Ahmad Maslan membuat kenyataan bahawa kedudukan kewangan Felda kukuh.

Jun 2011

- Kementerian Pelancongan di bawah Datuk Seri Ng Yen Yen membelanjakan RM1.8 juta untuk menyelenggara laman Facebook. Kontrak dianugerahkan kepada Impact Creations Sdn Bhd, sebuah syarikat IT dipercayai pemiliknya rakan Ng Yen Yen.



Jabatan Perdana Menteri,Jamil Khir Baharom menyelewengkan wang zakat sebanyak RM32 ribu bagi membayar yuran guaman peribadi dalam usahanya menghalang kes Qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah syariah.
- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya merisik pertunangan anak perempuan mereka di Kazakhstan menggunakan wang rakyat. Ia dibuat ‘serentak’ dengan Persidangan Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) di Kazakhstan .
- Remaja mangsa kekejaman polis, Muhammad Syamil Hafiz Shapiei disahkan dibunuh dari jarak dekat dalam keadaan melutut.

Julai 2011

- Enam orang pimpinan Parti Sosialis Malaysia termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar Devaraj ditahan di bawah Ordinan Darurat sewaktu berkempen untuk menamatkan rejim pemerintahan BN selama 54 tahun.


BERAKHIRSUDAH POLITIK 2011....SEMOGA 2012 RESULTNYA AKAN BERTAMBAH BAIK............



No comments: