ini kajian baru yg diselidik betol2 melalui video ......try tgok dlu der......
Really video terbaru yang dikeluarkan oleh blog pro kerajaan baru baru ini really kantoikan penipuan mereka? Mungkin mereka semasa mereka edit video ini mereka tidak perasan tentang beberapa faktor yang mungkin terlalu normal sehinggakan mereka tak perasan tentang perkara ini.
Lihat video dibawah ini, ia tidak mengandungi apa apa bahan lucah.Video ini hanya ingin membuktikan waktu Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersama Anwar menaiki lif bangunan di apartment Ampang yang dikatakan dimana adegan seks Anwar dan China Doll tersebut berlaku.
Lihat Video ini dan anda saksikan sendiri pembohongan Manusia.
Adakah anda saksikan Datuk Eskay memakai baju hitam @ dark blue dan ber seluar hitam @ dark blue juga semasa memasuki lif bangunan tersebut. Akan tetapi sewaktu didalam bilik berkenaan, di dalam rakaman video ini pada detik 0:49 Baju Datuk Eskay dengan jelas berwarna cerah, begitu juga dengan seluar yang dia pakai sebelum masuk ke bilik tersebut.
Persoalanya sekarang, adakah Datuk Eskay menukar baju nya? saksikan pula cacatan masa didalam video tersebut, serta, pada waktu mereka berdua keluar daripada lif bangunan itu semula Datuk Eskay yang dengan jelas di dalam bilik tersebut memakai baju dan seluar yang cerah turun semula dengan berpakaian gelap semula. Really Datuk Eskay?
Bagi saya secara individu, ini membuktikan dengan jelas video rakaman ini adalah satu agenda yang ingin menjatuhkan Anwar Ibrahim dan juga ia dengan sah menunjukan bertapa kurang bijaknya pro kerajaan yang bersetuju dengan video ini tampa mengkajinya dengan details.
Untuk melihat pembohongan video di atas ini anda tidak perlu menjadi seorang yang pakar dan berpegetahuan yang dalam selok belok camera dan perfileman, kerana ia amat jelas kelihatan, Datuk Eskay yang menaiki lif bangunan berpakaian gelap, didalam bilik ia berpakaian cerah dan apabila turun semula ia berpakaian gelap semula.
Memang mereka telah edit catatan masa didalam video tersebut untuk menjadikan ia lebih realistik, dan membuat orang ramai percaya bahawa manusia didalam video tersebut adalah anwar, namun dengan jelas dapat kita lihat, mereka berbohong.
Really Pro Kerajaan? Penipuan yang masih kurang cerdik.
REALLY KANTOI!
No comments:
Post a Comment