Pages

Monday

betoikah Gambar Istana Negara Yang Baru RM 811 Juta



Betoikah Gambar Istana Negara Yang Baru RM 811 Juta menurut timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng, Istana tersebut menelan belanja RM400 Juta pada tahun 2006 tetapi kini (2010) kosnya meningkat kepada RM811 Juta.

Dalam Keadaan yang gawat serta perit ini adakah satu tindakan yang kurang wajar bagi negara kita untuk membelanjakan wang sebanyak ini untuk istana Negara yang baru. Memang benar ia adalah untuk Yang DiPertua Agong Dan Permaisuri kita yang tercinta, akan tetapi wang pembikinan ini diperolihi daripada cukai yang dikenakan oleh rakyat jelata.

Memandangkan Rakyat Malaysia juga amat sesak dan berada dalam keadaan ekonomi yang kurang stabil, project project seperti ini sepatutnya boleh ditangguhkan dahulu bagi mengisi dan memenuhi perkara perkara yang lebih penting, antaranya subsidi minyak rakyat, kemudahan hopitality dan pendidikan dan mungkin banyak lagi.

Benar, YDPA adalah adalah Ketua Agama Islam bagi Malaysia, tetapi kita juga mesti sedar yang agama islam menyuruh kita untuk bersifat sederhana. Adakah YDPA dan Raja Raja Melayu tahu tentang kos istana ini? atau ia adalah suatu perkara yang normal atau pun mungkin nilai RM811 Juta itu hanya sekadar nombor yang tiada nilainya bagi mereka yang terlibat dalam pembikinan Istana Negara Yang Baru ini.

Really RM 811 Juta, Bukan kah ia satu jumlah yang besar? Project pembikinan istana Negara yang baru ini diberikan kepada 3 syarikat. Ia diberikan dengan cara perundingan langsung bukan tender terbuka.

Really Malaysian, Just Open Your Eyes.












No comments:

Post a Comment