Pages

Tuesday

kes yg penting x settle bukan lama dok men tunggu lagi dok p pulun bukak kes baru....ape cerita...!!!






Kes Adik Aminur-Rasyid: Ibu Gesa kerajaan Tunaikan Janji
---
“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan
(apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat.
"Petikan Minda :Miskin harta tidak mengapa,tapi jangan miskin idea dan jiwa.Miskin idea buntu di dalam kehidupan.
Miskin jiwa mudah kecewa dan derita
akhirnya putus asa yang sangat berdosa.~

Keluarga Aminulrasyid tuntut Najib tunai janji(aku nk share ngn korang pasal kes yg setahun tertunggak dok p pulun kes yg baru....)

PETALING JAYA, 29 April — Datuk Seri Najib Razak mesti memenuhi janji beliau tahun lalu bahawa satu siasatan terperinci akan dijalankan berhubung kematian Aminulrasyid Amzah, keluarga remaja itu menuntut hari ini.

Surendran dengan ditemani kakak Allahyarham Aminulrasyid, Nor Azura (kiri) menunjukkan surat yang akan dihantar kepada Perdana Menteri, hari ini. — Foto oleh Jack Ooi

Norsian Mohamad, ibu kepada Aminulrasyid berkata, beliau percaya ada usaha mahu menutup kes itu di pihak polis dan menggesa kesemua anggota polis termasuk Datuk Khalid Abu Bakar yang baru-baru ini dilantik sebagai timbalan ketua polis negara disiasat.

Khalid, kata beliau, pernah membuat kenyataan bersifat fitnah mengenai Aminulrasyid, menggambarkan Allahyarham sebagai seorang penjenayah dan tidak menarik balik kenyataannya.

“Perdana menteri telah menjanjikan kepada kami bahawa keadilan akan dipertahankan tetapi janji itu tidak ditunaikan lagi.

“Setahun sudah berlalu tetapi polis dan juga Kementerian Dalam Negeri tidak mengambil tanggungjawab berhubung kenyataan fitnah ataupun menarik balik apa yang mereka katakan,” kata beliau lagi.

Oleh itu kata Norsiah, dia membuat laporan polis hari ini.

Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

“Say mahu kesemua anggota polis yang terlibat termasuk timbalan ketua polis disiasat kerana cuba menutup kes ini.

“Kami telah menunggu selama setahun dan tidak apa yang berlaku, hanya seorang sahaja dicaj,” katanya lagi.

“Najib tidak memenuhi janjinya. Ada bukti menekan bukti dalam kes ini dan juga soal fitnah, tetapi tiada apa-apa pun dilakukan,” kata peguam keluarga Aminulrasyid N. Surendran.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang turut hadir berkata, beliau akan cuba dapatkan temu janji dengan Najib untuk menyelesaikan perkara itu dalam waktu terdekat.

“Polis harus menarik balik kenyataan mereka, kerana ia adalah fitnah, dan mereka yang bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai. -TMI


~ni komen aku plak~
kekadang ak pelik hangpa dok p pulon kes yg melibatkan agama....kalu bunuh dlm islam bunuh balik atau qisas...klu melibatkan fitnah seperti qazaf 80 sebatan....rasa hgpa mna lebih berat....wei ak nk peringat mahasiswa sekarng yg dok belajar tmpt naungan hgpa bkan buta,,,,walaupaun ak pkai spek.........ni bk habaq mai kepala masih waras....dok buleh pikiq lagi...bg ak .ak hanya nak kan keadilan..menyokong yg mana betol.... hanya untuk kedamaian........

1 comment: