Dah terang-terang Pesta Seksualiti Merdeka 2011 ini amat bertentangan dengan norma budaya segenap lapisan masyarakat yang wujud di Malaysia. Tanyalah rakyat Malaysia yang beragama Islam, Buddha, Hindu bahkan Kristian sekalipun melarang hubungan sejenis mahupun ‘kemerdekaan gender’ yang penganjur Pesta Seksualiti Merdeka mahukan sekarang.
GOLONGAN YANG MENGHANCURKAN AGAMA.............HENTIKAN...........
Semuanya sekarang nak rasa hidup bebas tanpa sekatan dan pegangan agama. Tetapi ingatlah kalau nak juga hidup dengan bebas tanpa sekatan akhirnya nanti pasti jadi hidangan. Tuhan kalau nak laknat, bukan mereka-mereka yang menganjurkan ini mendapat bahana, kami-kami yang disekitarnya turut akan “terkena tempiasnya”.
Apa sebenarnya halatuju Pesta Seksualiti Merdeka 2011 ini?
Mengenegahkan hak golongan homoseksual agar boleh diterima dalam kalangan masyarakat negara sebagai suatu kebebasan dan hak peribadi.
Menyokong dan memperkasa (empower) golongan lesbian, gay, bisexual and transgender (LGBT) kerana mereka mendakwa Malaysia mengamalkan diskriminasi ke atas golongan tersebut
Program Seksualiti Merdeka 2011 dengan temanya Queer Without Fear yang berlangsung 1 November 2011 hingga 13 November 2011 di The Annaxe Gallery
Rupanya program Seksualiti Merdeka 2011 telah diadakan setiap tahun, bermula dari tahun 2008 lagi. Maknanya, Pesta Seksualiti Merdeka dah masuk tahun keempat tahun ini. Persoalannya sekarang, bagaimana program Seksualiti Merdeka ”berjaya” mendapat kelulusan sebelum-sebelum ini? Sekarang baru tak boleh? Adakah selama ini program tersebut tak cukup “panas’?
Buatlah Program Seksualiti Merdeka ini sepuluh tahun sekali ka, setahun sekali ka
Yang haram tetap haramIa tetap tidak akan mengubah hukumNya hanya di atas nama “kebebasan”. Kebebasan yang ada, ada hadnya. Apatah lagi melanggar fitrah kejadian manusia.
Sepatutnya golongan ini memberikan ruang untuk orang mengubati mereka. Ini tidak, mahu menambahkan lagi masalah lain. Bukannya menerima perlanggaran undang-undang Islam sebagai hak. Ini penyelesaian yang sebenarnya yang dimahukan rakyat Malaysia. Nak tunggu bumi ini dilaknatNya, baru kita sebagai penghuninya nak berpijak di bumi yang nyata?
Kenapa nak canang satu Malaysia identiti mereka kepada umum?
Beriya-iya nak beritahu mereka adalah gay/lesbian, kenapa?
Katanya mereka sekarang dijajah, didikriminasi di Malaysia. Betulkah begitu? Atau mereka semua ini memberikan ruang dan peluang fikiran mereka dijajah oleh pemikiran ‘kuning’ budaya barat yang sebelum ini tidak pernah digembar-gemburkan di rantau Asia ini…………..
GOLONGAN YANG MENGHANCURKAN AGAMA.............HENTIKAN...........
No comments:
Post a Comment