Pages

Thursday

BERURUS NIAGA DENGAN YAHUDI TETAP HARAM




KUALA LUMPUR – Haram untuk umat Islam berniaga dengan Yahudi Israel walau apa fahaman yang mereka anuti, kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan.

Beliau mendakwa, berurus niaga dengan individu atau mana-mana pihak Yahudi yang terhad pada individu atau syarikat seperti Yahudi dari Eropah dan lainnya pada hukum asalnya harus kerana Rasulullah juga pernah berurus niaga dengan bangsa Yahudi.

“Namun urus niaga dengan Yahudi Israel hari ini iaitu Yahudi yang membunuh umat Islam Palestin, merampas tanah Palestin dan menubuhkan negara haram Israel atas penderitaan dan kesengsaraan umat Islam Palestin adalah haram walau apa fahaman yang mereka anuti termasuk zionis.

“Yahudi ini yang mencari dan mengaut keuntungan lalu membina kekayaan mengukuhkan kuasa dan penjajahan keatas umat Islam Palestin malah membunuh sewenangnya umat Islam maka haram berurus niaga dengan mereka walau apa fahaman yang mereka anuti,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Nasrudin mendakwa, ramai ulama telah memberikan fatwa haram berkait urusniaga semasa dengan Yahudi Israel secara umumnya seperti Dr. Yusuf Al-Qaradhawi kerana asasnya keseluruhan Yahudi Israel telah melakukan satu jenayah besar ke atas umat Islam dan ia masih berlarutan hingga hari ini.

Malah, dakwanya, fatwa haram urus niaga dengan Yahudi Israel Zionis ini dibina oleh para ulama berasaskan kesan dan perkembangan politik serta ekonomi umat Islam antarabangsa apabila setiap ringgit atau dollar yang mengalir ke Israel melalui apa jua bentuk urusniaga menghasilkan peluru yang bakal membunuh umat Islam Palestin.

Pada 17 Mac lalu media melaporkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai berkata, kerjasama dengan bangsa Yahudi, terutama dalam bidang perniagaan adalah dibenarkan tetapi ia adalah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis.

“Pendekatan kita (ialah) boleh bekerjasama dan berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) tetapi ia mestilah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis ,” katanya dalam sesi soal jawab pada majlis makan malam bersama Pemimpin PAS anjuran Dewan Muslimat PAS Malaysia,.

Abdul Hadi menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang pimpinan PAS yang mengajukan soalan berhubung proses perhubungan antara kerajaan PAS atau pakatan pembangkang untuk memisahkan hubungan perniagaan dengan bangsa Yahudi sekiranya menguasai kerajaan persekutuan suatu hari nanti. –

No comments:

Post a Comment